Wednesday, June 29, 2011

Tambo Alam Naning


Kepada sekalian anak-anak buah Naning

Inshallah, dalam masa beberapa hari nanti akan kami kupaskan sedikit sebanyak tentang buku Tambo Alam Naning yang ditulis oleh Y.A.M. al-Marhum Dato' Mohd. Shah bin Mohd. Said al-Haj (Dato' Undang Naning Ke-18). Disamping itu akan kami terangkan tentang kata-kata Tambo yang tertulis di dalam buku ini serta menyentuh tentang pelbagai bab-bab yang ada tersirat di dalam kitab ini. Diharap anak-anak buah Naning sekalian dapat mempelajari serta memahami sedikit sebanyak tentang Adat Perpatih Naning.