Wednesday, August 17, 2011

Kata Pengorak Sela 3 (Sambungan)

Seterusnya sepanjang kata Adat Nan Diadatkan yang berbunyi:

Dapek nan kocek pado nan bosa,

Dapek nan bosa pada nan tuo,

Dapek nan tuo, pada nan sudah.

Tidak boleh diubahkan kepada “dapat yang kecil daripada yang tua, dapat yang tua daripada yang sudah” yang dapat dimengertikan “dapat budak-budak daripada orang yang telah tua umurnya, dapat orang tua umurnya daripada orang yang sudah meninggal dunia”. Jika begitu ia tidak boleh langsung dijadikan Adat (undang-undang). Pengertian kata Adat ini diadatkan berbunyi “dapek nan kocek”. Jadi siapa “nan kocek” itu? Jawabnya diadatkan kepada Lombago Adat yang berpangkat Ibu Bapak, dan dia menerimanya daripada “Nan Tuo” – iaitu daripada Dato’ Lombago yang berpangkat Tuo, dan yang Tuo ini mendapat daripada “Nan Sudah” (bukan Dato’ Lombago yang sudah meninggal dunia) tetapi pengertiannya diadatkan “menanpung nan dah diucoyo dipakai, nan dah dilukeh yo dilombagokan, nan dah dititek dek Undang, nan dah ditampung dek Lombago.” Itu yang diterimanya. Maka mengikut Adat Nan Bojonjang Naik Nan Botanggo Turun, ia bermakna “menerusi jalan yang wajib”. Maka kami bermohon kepada saudara dan saudari yang dihormati supaya tidak ada sebarang cacian kepada kata-kata zaman moden supaya senang difahami. Marilah kita berpedoman pada kehendak Adat Nan Diadatkan yang berbunyi “botompok bak kurap – bojonjang bak sawah, boumpuk masing-masing, umpuk kito dipoumpuk, umpuk orang jangan dipoumpuk”. Secara ringkas ini bermakna adat tertentu ini berjalan kuat kuasanya di dalam wilayah Adat Perpatih Naning, jadi bermakna ia diadatkan “umpuk orang Naning”.

Berikut akan dijelaskan lebih terperinci tentang kata-kata yang menyatakan “botompok bak kurap – bojonjang bak sawah, boumpuk masing-masing, umpuk kito dipoumpuk, umpuk orang jangan dipoumpuk”. Bersambung...